Pages

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Kelebihan Bulan Rejab


Salam perkongsian semua, sedar atau tidak, masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa kita sedari kita sudah pun berada di bulan Rejab. Bulan yang penuh keberkatan. Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan berharap, saya dan anda semua tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.

Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh kita semua dengan memperbanyakkan ibadah.

********* ********* ********* ***

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini …..

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya...

Tuesday, February 22, 2011

Ku Kejar Mardhotillah

Dikala datang menjengah mentari sepenggalah waktu dhuha,

Terdetik di sanubari hina untuk seketika bersama,

Untuk sujud kepada-Mu setelah lamanya aku leka,

Ku bingkas bangun meninggalkan urusan duniaku,

Ku berhati-hati serta tertib mengambil wudhu’ku,

Ku kibas bentang lurus sejadahku,

Ku menghadap qiblat lantas mengangkat tinggi takbirku pada-Mu

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

Setelah seketika

selesai ku solatkan solat dhuha,

Hati batu ini terpanggil untuk sujud semula,

Ku ringankan tubuh turuti sujud nan meminta,

Sekadar mengulangi pintaan jarang seorang hamba

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

Ku pohon Kau

selamatkanlah kawan, sahabatku,

Ku minta Kau bahagiakanlah ahli keluargaku,

Ku pinta Kau sejahterakanlah dunia-akhiratku,

Ku doa agar Kau permudahkan urusan memartabatkan agama-Mu

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

Si riak hati hitam

pun mula menyusun bicara,

Pilu mengenang jasad tuannya tak layak ke Syurga,

Melainkan keinsafan yang dititiskan dek air mata,

Kata-Nya mampu

padamkan api pembakar jasad Neraka

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

K

u sedar hina sedari

mula di sisi-Mu,

Ku sedar terlalu banyak dosaku pada-Mu,

Ku sedar diri payah istiqamah di jalan-Mu,

Ku sedar takkan lama hidup atas dunia-Mu

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

Sudah lama ku hidup

dalam noda lagha sia-sia,

Jangan Kau ambil nyawa ini,

Melain keadaannya dalam takwa,

Jangan Kau biarkan sejuk jasad ini,

Melain kan di medan jihad fi-sabiliLlah,

Jangan Kau panggil ku kembali,

Melain kan tiada manfaat buat diri ini atas dunia

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

Inilah dia diikrarkan

taubat nasuhaku,

Dengan nama Allah,

Ku tinggalkan maksiat

kulakukan di hadapan-Mu,

Dengan nama Allah,

Ku cuba sedaya istiqamah dalam amal ibadatku terhadap-Mu,

Dengan nama Allah,

Aku berusaha terus kekal dalam arena dakwah menyeru pentauhidan-Mu

Tiada lain yang ku

kejar melainkan redha-Mu

Moga Kau kurniakan masa depan yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan

kepada ummah,

Moga Kau kurniakan tempat yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah

Moga Kau kurniakan peranan yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,

Moga kau sampaikan jua ku ke destinasi…

Kekal abadi dengan redha-Mu

Tiada lain yang kukejar melainkan redha-Mu

Monday, February 21, 2011

Doa sewaktu bersujud & keistimewaannya

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah SWT. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW :

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah dikala dia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, hati yang bersih, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya:

"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?

Jawab baginda:

"Tidakkah engkau melihat s

eandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:

"Bahkan !"

Rasulullah menyambung:

"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudhu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan rahmat kepada ahli-ahli neraka yang Dia dikehendaki, Dia pun

memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka, di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah SWT memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian sewajarnya.


Semoga kita akan menjadi hamba hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam