Pages

Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Balik kampung... raya!!!

Sekadar kongsi. Bacalah supaya menjadi pedoman dan pengajaran.
si isteri - yg wajib ke atasnya adalah suami nya - syurga di bwh tapak kaki suami.
si suami - yg wajib ke atasnya adalah ibu nya - syurga di bwh tapak kaki ibu - tanggungjawab ke atas ibu nya tidak putus selagi hidup.

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran ALlah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila

hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..

Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat

Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: Mengangguk.. (tanda faham... dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut.... diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas hati)

Ibu: Ingatlah.... ..jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua

Acik : Dah kahwin tak boleh gi rumah emak bapak.

Ibu: Bukan macam tu......Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mana... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa......terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain...(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga. .....masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri..... .sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.... .....berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Amin

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.

Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

Thursday, April 14, 2011

Thank you for your time (Credit to Tr Zainab)


To all my family & friends,
THANK YOU FOR YOUR TIME.
ONCE YOU READ THIS
YOU WILL UNDERSTAND
!

A young man learns what's mo
st important in life from the guy next door.

It had been some time sin
ce Jack had seen the old man. College, girls, career, and life itself got in the way. In fact, Jack moved clear across the country in pursuit of his dreams.

There, in the rush of his busy life, Jack had little time to think about the past and often no time to spend with his wife and son. He was working on his future, and nothing could stop him.


Over the phone, his mother told him, "Mr. Belser died last night. The funeral is Wednesday." Memories flashed through his mind like an old newsreel as he sat quietly remembering his childhood days.

"Jack, did you hear me?"

"Oh, sorry, Mom. Yes, I heard you. It's been so long since I thought of him. I'm sorry, but I honestly thought he died years ago," Jack said.

"Well, he didn't forget you. Every time I saw him he'd ask how you were doing. He'd reminisce about the many days you spent over 'his side of the fence' as he put it," Mom told him.

"I loved that old house he lived in," Jack said.

"You know, Jack, after your father died, Mr. Belser stepped in to make sure you had a man's influence in your life," she said


"He's the one who taught me carpentry," he said. "I wouldn't be in this business if it weren't for him. He spent a lot of time teaching me things he thought were important... Mom, I'll be there for the funeral," Jack said.

As busy as he was, he kept his word. Jack caught the next flight to his hometown. Mr. Belser's funeral was small and uneventful. He had no children of his own, and most of his relatives had passed away.


The night before he had to return home, Jack and his Mom stopped by to see the old house next door one more time.

Standing in the doorway, Jack paused for a moment. It was like crossing over into another dimension, a leap through space and time The house was exactly as he remembered. Every step held memories. Every picture, every piece of furniture... .Jack stopped suddenly.

"What's wrong, Jack?" his Mom asked.

"The box is gone," he said

"What box?" Mom asked.


"There was a small gold box that he kept locked on top of his desk. I must have asked him a thousand times what was inside. All he'd ever tell me was 'the thing I value most,'" Jack said.

It was gone. Everything about the house was exactly how Jack remembered it, except for the box. He figured someone from the Belser family had taken it.

"Now I'll never know what was so valuable to him," Jack said. "I better get some sleep. I have an early flight home, Mom."

It had been about two weeks since Mr. Belser died Returning home from work one day Jack discovered a note in his mailbox. "Signature required on a package. No one at home. Please stop by the main post office within the next three days," the note read.
Early the next day Jack retrieved the package. The small box was old and looked like it had been mailed a hundred years ago. The handwriting was difficult to read, but the return address caught his attention. "Mr. Harold Belser" it read. Jack took the box out to his car and ripped open the package. There inside was the gold box and an envelope. Jack's hands shook as he read the note inside.

"Upon my death, please forward this box and its contents to Jack Bennett. It's the thing I valued most in my life." A small key was taped to the letter. His heart racing, as tears filling his eyes, Jack carefully unlocked the box. There inside he found a beautiful gold pocket watch.

Running his fingers slowly over the finely etched casing, he unlatched the cover. Inside he found these words engraved:

"Jack, Thanks for your time! -Harold Belser."

"The thing he valued most was...my time"

Jack held the watch for a few minutes, then called his office and cleared his appointments for the next two days. "Why?" Janet, his assistant asked.

"I need some time to spend with my son," he said.

"Oh, by the way, Janet, thanks for your time!"

"Life is not measured by the number of breaths we take but by the moments that take our breath away,"

Think about this. You may not realize it, but it's 100% true.

1. At least 2 people in this world love you so much they would die for you.

2. At least 15 people in this world love you in some way.

3. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.

4. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.

5. You mean the world to someone.

6. If not for you, someone may not be living.

7. You are special and unique.

8. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you trust God to do what's best, and wait on His time, sooner or later, you will get it or something better.

9. When you make the biggest mistake ever, something good can still come from it.

10. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.

11. Someone that you don't even know exists loves you.

12. Always remember the compliments you received. Forget about the rude remarks.

13 . Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know and you'll both be happy .

14. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.


To everyone reading this " Thanks for your time".

Wednesday, March 2, 2011

Jasa si kecil

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

"Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata

"Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerah
kan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah" Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya

"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu. Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!